Scorpene: Jual dokumen sulit TLDM gugat keselamatan negara

KeadilanDaily

ImageNaib Presiden KEADILAN, N Surendran  mempersoal bagaimana Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperoleh dokumen sulit Tentera Laut Malaysia (TLDM) untuk dijual kepada DCNS.

“Saya terkejut mendapat tahu dokumen sulit TLDM boleh terlepas ke pihak luar. Ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan negara. Ia dijual oleh Razak yang merupakan sahabat baik Najib,”

“Saya khuatir adakah Najib juga terlibat kerana secara kebetulan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, KEADILAN akan memfailkan usul tergempar di parlimen berhubung penjualan dokumen sulit kerajaan kepada syarikat pertahanan Perancis itu.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana kemungkinan wujud bahaya besar kepada negara. Katanya, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

“Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat,” kata Nurul Izzah seperti dilapor Malaysiakini.

Kelmarin, Joseph Breham, peguam yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan dokumen sulit TLDM dijual kepada DCNS dalam urusan pembelian Scorpene.

Pada sidang medianya di Bangkok Thailand, Breham berkata, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd yang dimiliki Abdul Razak, kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial.

Hakim yang menyiasat kes berkenaan juga dikatakan mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada DCNS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s