Sumbangan wakil rakyat kepada Pelajar Akademi Pengajian Islam Darul Sufi

Image

Pelajar dan warga Akademi Pengajian Islam Darul Sufi di Kampung
Serdang Permai gembira mendapat sumbangan 2 buah komputer daripada wakil rakyat kawasan Gopeng bagi membantu memperbaiki kemudahan sekolah.

Penolong Pengetua Akademi Pengajian tersebut, Ustaz Ahmad Zaidi telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan kawasan Teja, Chang Lih Kang.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Perak Ahmad Tarmizi Ghazali, dan Ketua PAS Taman Kinta Ibrahim Malbar.

Ustaz Ahmad Zaidi mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Ahli Parlimen Gopeng dan ADUN Teja yang begitu prihatin dengan pelajar-pelajar di sini.

Katanya, dengan bantuan dihulurkan oleh wakil rakyat sekaligus telah
meringankan beban pihak sekolah.

Di samping itu, Lih Kang berharap pihak kerajaan jangan memandang
ringan terhadap masalah sekolah agama rakyat yang selama ini
terpinggir di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan harus memberi bantuan dari segi kemudahan dan peruntukkan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s