‘Tipu PRU, rakyat bangkit humban kamu’ pecutan akhir PRU 13

Keadilan Daily

Jelajah anak muda dengan tema ‘Tipu PRU, rakyat bangkit humban kamu’ merupakan pecutan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asal Bukan Umno (ABU) itu khusus untuk menyampaikan maklumat terus kepada rakyat setiap kawasan tumpuan di seluruh negara.

jelajah“Antara objektif jelas SAMM sebagai organisasi massa ialah persiapkan rakyat untuk perubahan, dan menyedarkan hakikat perubahan hanya boleh bermula dengan jatuhnya Umno BN,” kata Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata, peluang menang berdasarkan sokongan amat cerah, namun penipuan PRU jadi musuh utama.

“Justeru regim (Umno BN) harus diberi amaran, rakyat harus bersiap sedia. Berlaku sahaja penipuan yang memenangkan BN, dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalan tanpa arahan,” tegasnya pada sidang media pelancaran jelajah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.

Jelajah ini dijayakan bersama NGO-NGO bersekutu, organisasi mahasiswa dan anak muda serta pelbagai peringkat Pakatan Rakyat.

“Turut diedarkan di sepanjang jelajah, set risalah diterbit oleh ABU dan SAMM, selain memastikan maklumat Pakatan Rakyat terus kepada rakyat,” kata Badrul Hisham.

Jelajah merangkumi 16 lokasi dan kemuncaknya Konvensyen Tuntutan Rakyat di Kuala Lumpur 23 Februari ini.

Berikut adalah jadual dan lokasi jelajah:

1 Feb – Kg Parit Perawas, Sg Rambai, Melaka (012-2478016)

3 Feb – Jalan Seroja 1, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor (012-3312364)

4 Feb – Kg Bahagia Teluk Intan, Perak (012-5595258)

5 Feb – Dewan Sepak Takraw Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor (012-3312364)

6 Feb – Dataran Pasti Bandar Putra, Kulai, Johor (012-7030747)

7 Feb – Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar, Johor (017-3563823)

9 Feb – Felda Palong 2, Gemas, N.Sembilan (Pertanyaan 0123696474)

11 Feb – Depan Kem PGA Kubang Badak, Kuala Terengganu, Terengganu

12 Feb – Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan (019-9317608)

13 Feb – Pejabat KEADILAN Paya Besar, Permatang Badak, Kuantan, Pahang (017-9573855)

18 Feb – Depan Pasaraya C-Mart Arau, Perlis (019-4342244)

19 Feb – Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani, Kedah (017-5568557)

20 Feb – Bukit Panchor, Nibong Tebal, P.Pinang (012-4702074)

21 Feb – Unit Peti Undi (UPU) Pas Teluk Sarih Kg Gajah, Perak (012-5595258)

22 Feb – Palm Grove, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor (019-9809974)

23 Feb – Kemuncak: Konvensyen Di Kuala Lumpur (010-2675872)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s