Yang kalah kekal bersama PKR untuk cetus “gempa bumi” politik

Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali (gambar kanan, berbaju biru) kini mengambil alih jawatan Timbalan Presiden dalam parti daripada Syed Husin Ali, dengan 19,545 undi, menewaskan Mustaffa Kamil Ayub. Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Zaid Ibrahim menarik diri daripada pemilihan sebelum ini kerana tidak berpuas hati dengan penjalanan pemilihan parti, yang didakwa beliau tidak adil.

Bagaimanapun, Mustaffa Kamil Ayub ketika berucap sebelum Kongres Nasional PKR melabuh tirai pada hari ini, menekankan bahawa dirinya akan tetap bersama perjuangan PKR. Kenyataan bahawa dirinya tidak pernah menyesal terlibat dalam perjuangan Reformasi disambut dengan tepukan gemuruh oleh perwakilan.

Malah, beliau mendedahkan bagaimana dirinya diberi tawaran daripada Zaid Ibrahim, dan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin sebelum ini supaya dirinya meninggalkan PKR, namun ditolak oleh dirinya.

Mustaffa Kamil Ayub mendakwa dirinya kekal bersama perjuangan Reformasi sejak tahun 1998 kerana PKR adalah parti masa depan bukan sahaja untuk anggota PKR, malah parti masa depan rakyat Malaysia.

Beberapa orang yang tewas dalam pemilihan kali ini, misalnya Naib Presiden asal Sivarasa Rasiah, Baru Bian dan Lee Boon Chye yang tidak bertanding, turut berikrar untuk terus bersama perjuangan PKR.

Dengan nada berseloroh, Sivarasa Rasiah berkata dirinya tidak akan mengambil cuti enam bulan lantaran kekalahan tersebut, malah akan terus untuk berkhidmat di peringkat cabang dan negeri. Lee Boon Chye yang tidak bertanding, mengharapkan “gempa bumi” politik untuk mengubah lanskap politik negara pada PRU ke-13.

Keputusan Rasmi Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat

Presiden

Wan Azizah (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden

Azmin Ali (19,543)

Naib Presiden

1. Nurul Izzah Anwar (13,211)

2. Tian Chua (11,744)

3. Fuziah Salleh (8,927)

4. Mansor Othman (8,576)

Ahli Majlis Pimpinan

1. Elizabeth Wong (10,897)

2. Badrul Amin (9,672)

3. Hee Loy Sian (8,473)

4. Khalid Jaafar (7,889)

5. Johari Abdul (7,719)

6. Abdul Rahman Yusof (7,719)

7. Haniza Talha (7,588)

8. Fariz Musa (7,511)

9. Zakaria Andul Hamid (7,170)

10. Roland Chua Ming Shen (7,095)

11. Siti Aisyah (6,876)

12. Ismail Yusoff (6,332)

13. Latheefa Koya (6,242)

14. S.Kesavan Subramaniam (6,139)

15. Suhaimi Shafei (6,095)

16. R.Summugam(5,964)

17. Yusmadi Yusoff (5,810)

18. S.Manikumar (5,789)

19. Mustafa Kamal Yusoff (5,745)

20. Christina Liew (5,707)

Leave a comment