Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | May 24, 09 | 7:58:47 am MYT
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) – Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.
Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato’ Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.
Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin. Continue reading