“Tsunami hijau” melanda Kuantan: Batal projek Lynas jika Pakatan berkuasa, janji Anwar

Lebih 10 ribu manusia berbilang kaum berhimpun di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 pada pagi ini, dengan nada yang tegas melaungkan “Berambus Lynas!”.  Di samping itu, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim berjanji untuk membatalkan projek Lynas, seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pemerintahan.

Tiada penangkapan berlaku dimaklumkan sehingga perhimpunan bersurai dengan aman pada jam 11.30 pagi.  Belasan ribu orang berhimpun di Padang MPK tepat pada jam 9.30 pagi, tadi.  Mereka datang dengan kad-kad dan banner yang membawa mesej Continue reading

Anwar muncul di Pantai Teluk Cempedak…

Merdekareview.com

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menarik perhatian penduduk di Kuantan, apabila muncul di Pantai Teluk Cempedak secara mengejut pada kira-kira jam 11 malam, tadi.  Beliau sempat memberi ucapan ringkas, menegaskan pendiriannya untuk menolak Lynas dan dasar-dasar yang tidak menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.

Beliau disambut dengan tepukan dan sorakan, juga laungan “Reformasi” apabila sampai di situ.  Ramai yang berebut-rebut untuk bersalaman dan mengambil gambar dengannya.

Anwar (gambar kiri, kiri) sempat singgah di sebuah kedai makanan, memberi ucapan ringkasnya selama empat minit.  Beliau menekankan bahawa ini adalah negara dan tanah rakyat, dan ia harus ditentukan oleh rakyat,  bukan beberapa orang taukeh sahaja.

Continue reading

Samseng Umno ganggu Himpunan Hijau di Pulau Pinang

Keadilandaily.com

PADANG KOTA 26 Feb: Kira-kira 50 orang samseng dari Pemuda Umno dan Perkasa mengganggu himpunan Hijau 2.0 yang membantah operasi kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Himpunan itu pada mulanya berlangsung dengan aman, namun bertukar menjadi kecoh apabila kumpulan itu datang dan mengugut peserta himpunan tersebut.
Sebahagian mereka datang dengan bermotosikal dan ada antara nya berlagak seolah-olah ingin memukul peserta himpunan itu.
Menurut seorang saksi di tempat kejadian, Rozaimin Elias, kumpulan berterusan membuat kecoh selama kira-kira 20 minit, selepas acara bermula.
Sebahagiannya yang datang dengan menaiki motosikal beredar tidak lama kemudian.
Namun, menurut Rozaimin, keadaan kembali gamat apabila kumpulan berkenaan yang kemudiannya tinggal seramai 10 ke 15 orang mengganggu ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut hadir untuk memberikan sokongan di himpunan itu.
“Mereka naik ke atas pelantar dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Guan Eng seperti ‘Balik ke Melaka-lah’ dan perkataan lucah lain sebelum beredar,” kata Rozaimin.
Terdahulu, peserta himpunan itu berkumpul di kira-kira jam 5.45 petang di padang berkenaan dengan memakai pakaian hijau dan membawa sepanduk yang memaparkan slogan anti Lynas.
Mereka turut menyanyikan lagu anti Lynas serta melaungkan slogan seperti ‘stop Lynas’ dan ‘selamatkan Malaysia’.
Perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 7 petang.
Selain di Pulau Pinang, Himpunan Hijau 2.0 terbesar diadakan di KUANTAN PAHANG, menyaksikan kehadiran lebih 15,000 peserta.
Sementara di KUALA LUMPUR pula, 500 peserta anti Lynas berkumpul di Maju Junction, sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman bagi membantah operasi kilang dari Australia itu.
Manakala Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang dilapor berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi, selama satu setengah jam.
Menurut laporan Malaysiakini, di KUCHING, Sarawak pula kira-kira 30 berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song, namun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan selama 15 minit kerana hujan lebat.

Anwar, pimpinan utama hadir Himpunan Hijau

KUALA LUMPUR 24 Feb: Pimpinan utama KEADILAN, diketuai Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri himpunan Hijau 2.0 bagi membantah loji Nadir Bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Kuantan, Ahad ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seluruh ahli KEADILAN juga diarah untuk turut serta dalam himpunan tersebut.

“KEADILAN memberikan sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan pada 26 Februari 2012 ini.
“Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota KEADILAN di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk turut sama menyokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas,” katanya lagi.

Difahamkan, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan turut serta dalam himpunan itu, selain Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan naib-naib presiden KEADILAN. Continue reading