Ucapan Perasmian Kongres AMK dan Wanita KeADILan
Dr Syed Husin Ali
Sat | Nov 29, 08 | 1:38:55 pm MYT
Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda pagi ini di tempat yang begitu luas dan selesa. Ini dimungkinkan berkat kemenangan besar kita dalam PRU 12 dan kejayaan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) memimpin pemerintahan PAKATAN di Selangor. Sekarang, Insyaallah, kita tidak lagi menghadapi masalah mendapat tempat bagi majlis seperti ini.
Tentu ramai saudara dan saudari yang ingat betapa susahnya pada masa lalu kita hendak mendapat tempat untuk berkongres. Semenjak Kongres Parti Keadilan Rakyat yang pertama di Ipoh pada tahun 2004, kita bersidang di bermacam-macam tempat dan dalam berbagai-bagai suasana. Continue reading