Masyarakat Orang Asli Tapah telah undi sebelum PRU ke-13?

Pada satu bulan yang lepas, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), ADUN Chenderiang Dato Dr Mah Hang Soon serta pimpinan UMNO Barisan Nasional telah menjalankan program bersiri di kampung-kampung orang asli di kawasan Tapah.

 

Dalam program bersiri tersebut, penduduk orang asli diberikan dua (2) kertas undi ciptaan sendiri, di mana mirip dengan kertas undi pilhanraya umum, dan memaksa penduduk orang asli memangkah Barisan Nasional dalam kertas undi di depan pegawai JAKOA dan Dato Dr Mah Hang Soon.  Satu kertas undi adalah undian Parlimen Tapah dan satu kertas undi adalah undian DUN Chenderiang.

 

Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima (5) kilogram sebagai ganjaran.  Semua kertas undi haruslah dihantarkan balik kepada mereka supaya tiada bukti dijumpai kemudian.  Mereka telah menjelajah kesemuanya kampung-kampung orang asli di perkampungan orang asli di sepanjang Jalan Pahang Tapah dengan menjalankan program yang sama.

 

Kami, Parti Keadilan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Dr Mah Hang Soon yang telah menyalahgunakan kuasa dan perbuatan tersebut telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957.  Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional.  Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan oleh Dato Dr Mah Hang Soon untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional.

 

Salahlaku Dato Dr Mah Hang Soon dan pihak JAKOA adalah jelas melanggari Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 dan seterusnya boleh ditangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah seperti di bawah:

 

Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957, Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya

A.)  Bahagian III, Kesalahan Pilihanraya:

Pengaruh Tak Wajar 9. (1) & (2) dan Penyogokan 10. (a) – (i)  – (Lihat Lampiran)

 

B.)  Bahagian II, Kesalahan Pilihanraya:

 

3. (1) (j) & (m)  – (Lihat Lampiran)

 

 

 

Oleh yang sedemikian ini, kami menggesa:

 

1.)    Kami memberikan tempoh masa satu minggu kepada Dato Dr Mah Hang Soon dan JAKOA supaya memberikan penjelasan yang terperinci tentang salahlaku mereka, serta menghentikan semua program-program tersebut.

2.)    Siasatan terperinci dan tindakan yang tegas harus diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya terhadap semua pegawai JAKOA dan Dato Dr Mah Hang Soon yang terlibat dalam program tersebut.

3.)    Dato Dr Mah Hang Soon seharusnya meletakkan jawatan beliau sebagai ADUN Chenderiang dan Exco kerajaan Negeri Perak kerana menyalahgunakan kuasa beliau untuk perbuatan menyogok.

陈家兴促涉案马华州级领袖表态,打巴巫统承认原住民村派米划选票

Image

(怡保27日讯)针对霹雳民联在昨日揭发国阵州级领袖联合原住民事务局,在打巴至少十个村庄举办『模拟投票活动』后换取白米一事。打巴巫统区部主席兼亚亦君令区州议员三苏丁在《阳光日报》(Sinar Harian)已经作出回应,并确认国阵的确曾经联合原住民事务局,在多个打巴原住民村举办该项『活动』。

人民公正党霹雳州副秘书陈家兴敦促,另一名涉及在内的马华藉州级领袖必须立刻表态,交代该事件的来龙去脉。

Continue reading