Kes saman bapa Altantuya dilengahkan sebab politik- Sivarasa

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 27 Okt : Ahli  Biro Politik KEADILAN, R. Sivarasa mempersoalkan kes saman bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu  terhadap kerajaan yang masih belum dibicarakan.

Katanya, kes tersebut yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan ia sengaja dilengahkan kerana ada kepentingan politik.

“Kes ini sengaja dilengahkan diatas sebab-sebab politik dan jelas menunjukkan adanya tangan dibelakang yang sengaja dilambatkan kerana takut banyak isu dan fakta berkaitan (Abdul) Razak Baginda, (Datin Seri) Rosmah dan Najib akan dibuka semula dalam kes itu,” Continue reading

Kabinet tidak boleh campurtangan Laporan Audit- Aziz Bari

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 27 Okt: Tindakan Ketua Audit Negara menyerahkan laporan Audit 2010 kepada kabinet, menyalahi peraturan dan bertentangan dengan perlembagaan, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Ini kerana, katanya, Tan Sri Ambrin Buang sepatutnya hanya perlu mengemukakan laporan berkenaan kepada Yang di Pertuan Agong, sebelum diserahkan kepada Dewan Rakyat.
“AG tidak mengikut apa yang ditetapkan, amalan ini mengatasi perlembagaan,” kata Pakar Perlembagaan itu.
Menurut Aziz, kabinet adalah pihak berkepentingan dengan laporan Audit yang turut memperincikan salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan. Continue reading

Umno terdesak, guna 3R tarik sokongan Melayu

Harakahdaily

Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.

(Gambar: Mohamad Sabu menyampaikan Anugerah Tokoh PAS Pahang, Ustaz Idris Omar diwakili Pak Sheikh Hussin)

Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak. Continue reading

Aziz Bari: Audit Negara Salah Libatkan Kabinet

Malaysiakini

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

“Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)?

“Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player,” kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

“Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara.” Continue reading

Laporan Ketua Audit Negara: Kepincangan, Kelemahan Dan Ketirisan Berterusan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat. Continue reading

REFSA: Hutang Negara Mungkin Cecah RM1 Trillion

Malaysiakini

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh “berkecai” melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya. Continue reading

Malaysia Bakal Melewati Batas Hutang Negara

Kenyataan Akhbar

Adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Dato’ Seri Najib Razak menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai “belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat.” Ini membuktikan Dato’ Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.

Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Dato’ Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan. Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Dato’ Seri Najib untuk berdebat. Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia.
Continue reading

2012财案属一次红包,国阵若胜选必向民『讨债』

(怡保11日讯)务边区国会议员李文材医生认为,首相宣布的2012年财政预算案属糖衣毒药的一次性红包,一旦民众在来届选举误信其中,他大胆预料在第十三届全国大选后,国阵肯定会落实消费税(GST)向人民『讨债』。

他认为,目前全球各国经济放缓加上欧美爆发债务危机,以现今我国连续15年不断扩大的财案赤字,而且国债高达4300亿令吉的情况,首相纳吉的承诺最后可能只是沦为『空头支票』。

“派红包也需要有本钱,可是反观我国常年面对债务高筑问题,2012年财案却创下建国以来最高开销2328亿令吉,到底要从哪里得到这笔红包钱?” Continue reading