Isu pembinaan bangunan tanpa kelulusan di tapak padang Taman Pegoh Aman

Isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya.

UMNO telah mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk kegunaan piliharaya.  Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di Surau Taman Desa Aman.  Pelajar-pelajar terpaksa belajar di bawah khemah selama dua minggu.

Image

Image

Hakikatnya, UMNO sanggup menghalaukan pelajar SAR keluar dan tidak membekalkan tempat alternatif kepada pelajar.  Pelajar-pelajar terpaksa dihalaukan ke sini sana, tetapi hanya untuk memberikan ruang awam tersebut kepada kegunaan UMNO BN.  Siapa yang menzalimi rakyat?

Kini, Dato Hamidah pula mengarahkan pembinaan SAR baru di Tapak Padang Taman Pegoh Aman tanpa mendapatkan kelulusan pejabat tanah / DBI dan tidak mendapatkan persetujuan daripada penduduk tempatan.  Tanah tersebut masih tidak digazetkan sebagai kegunaan tapak sekolah.  Akibatnya, pembinaan tersebut dibantahkan oleh penduduk tempatan dan ini mencerminkan UMNO memang JUARA dalam isu merampas hak rakyat.

Bantahan rakyat:

  • UMNO sanggup merampaskan harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri, dan merampaskan tapak padang demi mengautkan publisiti murahan.
  • Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
  • YB Dato Hamidah Osman sebagai exco kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
  • Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.

Sebenarnya, bantahan penduduk Taman Pegoh Aman adalah membantah pembinaan bangunan yang tiada kelulusan, serta pembinaan tersebut telah merampaskan kawasan permainan dan rekreasi penduduk.

Projek tersebut jelas adalah projek mi segera oleh Exco Kanan Perak / ADUN Sungai Rapat, YB Dato Hamidah Osman.  Setelah meninjau pelan yang didapati di Pejabat Tanah Manjoi dan DBI, tapak pembinaan tersebut masih belum digazetkan sebagai tapak sekolah dan projek pembinaan juga dilaksanakan tanpa kelulusan DBI.

Image

Berikutnya merupakan kronologi perkembangan isu tersebut:

  • Pada 30hb April 2012, Pejabat Ahli Perlimen Gopeng telah menerima aduan daripada penduduk Taman Pegoh Aman.  Aduan tersebut adalah kerana mereka mengesyaki suatu projek pembinaan bangunan dijangkakan bermula di tapak permainan taman tersebut.  Oleh kerana itu, mereka meminta bantuan Pejabat Ahli Parlimen Gopeng supaya mengenalpastikan status projek dan tanah tersebut.
  • Pada 2hb Mei 2012, Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye dan penduduk setuju untuk menghantarkan Memorandum yang bertajuk “Bantahan Pembinaan Bangunan di Padang Taman Pegoh Aman” kepada YB Dato Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat) dan Dato Haji Roshidi bin Haji Hashim (Datuk Bandar DBI).  Memorandum tersebut meminta kedua-dua pihak supaya mengadakan sesi dialog dengan penduduk tempatan demi menyelesaikan masalah tersebut.
  • Pada 4hb Mei 2012, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gopeng Sdr Tan Kar Hing telah mengetuai suatu rombongan wakil penduduk seramai 5 orang untuk menghantarkan memorandum di Pejabat Exco Kanan di SUK Perak dan diterima oleh pembantu khas beliau serta disahkan dengan cop rasmi tarikh terima.  Begitu juga di Pejabat Datuk Bandar DBI disahkan dengan cop rasmi tarikh terima.  Malangnya, penduduk tidak dapat berjumpa dengan YB Dato Hamidah ataupun Datuk Bandar.
  • Pejabat Ahli Parlimen Gopeng pernah memanggil ke pejabat Datuk Bandar demi mendapatkan tarikh dialog, tetapi tiada jawapan daripada pihak DBI.  Kerja yang sama telah dilakukan beberapa kali, tetapi masih tidak mendapat sebarang balasan daripada kedua-dua pihak.
  • Pada 25hb Mei 2012, penduduk telah berputus asa terhadap kedua-dua pihak tersebut, lalu meminta YB Dr Lee Boon Chye dan Penyelaras DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon, supaya berjumpa dan mengikhtiarkan penyelesaian masalah tersebut.  Memandangkan projek tersebut dijalankan walaupun telah dikenalpasti tiada kelulusan oleh mana-mana pihak, maka penduduk bersedia untuk memanggil sidang akhbar untuk mengutarakan bantahan mereka.Image
  • Pada 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye, Ustaz Radzi Zainon, En. Megat Ikmal (Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.
  • Image
  • Image
  • Pada 29hb Mei 2012, En Megat Ikmal akan menghantarkan surat kepada YB Dato Hamidah sekali lagi untuk menetapka tarikh dan masa dialog bersama rakyat.

Kenyataan Tan Sri Rahim Noor Dangkal

Kenyataan Dangkal Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan seorang ulama, tokoh politik dan ilmuan Islam berwibawa yang dihormati dan disegani setiap lapisan masyarakat. Orang Islam mahupun orang bukan Islam menyanjungi pekerti Tuan Guru dan menghormati kegigihan beliau mentadbir Negeri Kelantan selaku Menteri Besar demi kemaslahatan rakyat negeri tersebut.

Sebagai Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tuan Guru merupakan teladan kepada ahli PAS serta menjadi antara rujukan utama kepada Muslim seluruh negara. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menampilkan kepimpinan bertunjangkan pesan agama Islam dan menzahirkannya sebagai suatu bentuk dakwah bil hikmah.

Namun kita dikejutkan dengan tohmahan biadap dan melampau mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggelar Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir”. Mantan Ketua Polis Negara inilah yang terbukti memukul dan membelasah Dato’ Seri Anwar Ibrahim tatkala ditahan pada tahun 1998 dan tidak cukup dengan itu memfitnah saya dan keluarga.

Tan Sri Rahim Noor sebenarnya tidak layak mempersoal keimanan dan keyakinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedangkalan kenyataan mantan Ketua Polis Negara itu jelas terserlah malah dicemuh rakyat.

Oleh kerana itu saya menggesa agar Tan Sri Rahim Noor segera memohon maaf kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas tohmahan biadap yang dilemparkan.

Mohamed Azmin Bin Ali

YB Chang Lih Kang: Hentikan ucapan menghasut

Malaysiakini

ImagePKR mendakwa seorang penjawat awam dan seorang pemimpin NGO mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ke atas orang bukan Melayu dalam dua kejadian berasingan di Perak.

ADUN Teja, Chang Lih Kang mendakwa insiden pertama melibatkan penolong setiausaha Majlis Keselamatan Negara (Negeri Perak) Abdul Rahim Abdul Karim dalam satu majlis di Sekolah Kebangsaan Gopeng.

Chang mendakwa, Abdul Rahim menimbulkan kebencian ke atas orang bukan Melayu dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan pada 24 Mac lalu.

Chang mendakwa Abdul Rahim mengatakan: “Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Jangan bermain api dan jangan mencabar.”

Chang yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR berkata, lima orang ibu bapa pelajar sekolah tersebut membuat laporan polis atas perkara tersebut.

Jabatan pendidikan negeri juga dimaklumkan berhubung perkara itu namun tiada tindakan diambil setakat ini, katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Chang juga mendakwa, insiden kedua melibatkan seorang penceramah dalam program ceramah bertajuk “Ancaman Kepada Melayu – PRU 13” anjuran gabungan NGO Majlis Perunding Melayu pada 15 April.

Beliau mendakwa penceramah berkenaan, Mohd Hilmi Ismail dalam ucapan di program itu menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menjemput Singapura menyertai Malaysia sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

“(Mereka akan bentuk) 306 kawasan parlimen termasuk Singapura, orang Cina akan menguasai negara ini… Hancur kita yop.

“Sampai kiamat takkan dapat balik tanah air, sebab depa banyak makan babi, meronyot keluarnya,” katanya ketika membaca kenyataan yang didakwa dibuat Mohd Hilmi itu.

Chang juga mendakwa, presiden Gagasan Melayu Perak itu turut menawarkan untuk membayar denda bagi individu memukul anggota DAP.

“Kamu sepak dia, terajang dia, tumbuk dia (ahli DAP)… Aku akan bayar dia punya denda… Habis kuat RM250, sebab geram dema (mereka) kurang ajar.

“Kalau masuk lokap, habis kuat sehari… Aku bayar RM500, dah boleh selesai,” katanya lagi ketika membacakan semula kenyataan tersebut seperti yang didakwanya.

PKR Ajak Rakyat Tolak Budaya Fitnah Umno

Harakah

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk keras tindakan terbaru Umno dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden PPKR Mohamad Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.
 
Justeru, Parti Keadilan Rakyat menggesa Presiden Umno Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’.
 
“Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamad Azmin Ali sekadar mengesahkan peranan Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan laluan lampu hijau,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
 
Katanya, budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlak itu sewajarnya dihentikan.
 
“Budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan.
 
Menurutnya, apakala Umno berada dalam keadaan terdesak dek kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru Bersih 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai, Umno akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah. Continue reading