Bantuan Wakil Rakyat meringankan beban SAR Gopeng

Pelajar dan warga Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Muttaqin, Taman Gopeng Baru gembira mendapat sumbangan kerusi dan meja daripada wakil rakyat kawasan Gopeng bagi membantu memperbaiki kemudahan sekolah.

Pengerusi Sekolah, Abdullah Bin Sani tersebut telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye dan ADUN Teja Chang Lih Kang. Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Sekolah Cikgu Hamdan, Ketua PAS Taman Kinta Ibrahim Malbar, dan Ketua Sri Kandi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak Iza Zainudin.

Abdullah Sani mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Gopeng dan ADUN Teja yang begitu prihatin dengan pelajar-pelajar di sini.

Katanya, dengan bantuan dihulurkan oleh wakil rakyat sekaligus telah meringankan beban pihak sekolah.

Di samping itu, Lih Kang berharap pihak kerajaan jangan memandang ringan terhadap masalah sekolah agama rakyat yang selama ini terpinggir di negeri ini.

“Pendidikan merupakan modal dasar pembangunan yang akan menentukan arah perkembangan dan kemajuan suatu bangsa dan negara.”

Menurutnya, kerajaan harus memberi bantuan dari segi kemudahan dan peruntukkan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

Leave a comment