Youtube padamkan video berunsurkan perkauman, Dr Lee Boon Chye mendesak SKMM untuk penjelasan dan siasatan

Pejabat Media Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye (Jom Ubah Msia) menerima sebuah video klip yang berkenaan dengan ucapan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa Dato Johari Abdul Ghani ketika beliau berucap di mesyuarat UMNO Bahagian Titiwangsa tahun 2010.

 

Beliau mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud racism yang berbunyi “tidak perlu undi orang cina dan orang india”.

 

Oleh kerana itu, “Jom Ubah Msia” memaparkan video klip ini di laman web Facebook dan Youtube pada 27hb October.  Video klip yang “original” ditayangkan dengan hanya menambahkan subtitle bahasa melayu, bahasa mandarin dan bahasa inggeris sahaja.  Dalam masa yang singkat sahaja, video klip tersebut mencapai laman (hits) sebanyak 338,709 ribu kali

Akan tetapi, “Jom Ubah Msia” menerima dua message ugutan di facebook.  Yang pertama, pihak berkenaan menggesa “Jom Ubah Msia” untuk mengeluarkan klip tersebut dan mendakwa bahawa laporan polis (Police Report DANG WANGI/038840/10)telah dibuat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.  Sebab kesalahan yang diberikan adalah klip tersebut adalah private & confidential, membangkitkan sentiment perkauman dan memburukkan nama Dato Johari.

 

Pada hari yang sama, “Jom Ubah Msia” menerima message di mana ianya mengatakan bahawa daripada pihak SKMM,ianya menggunakan Akta yang sama (Seksyen 233)menggesa “Jom Ubah Msia”mengeluarkan klip tersebut juga.  Selain itu, ianya mengatakan bahawa jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun ataupun kedua-duanya.

 

Pada 9hb November, “Jom Ubah Msia” menerima message daripada Youtube Team bahawa mereka diarahkan untuk memadamkan klip tersebut.

 

Oleh demikian, kami berpendapat bahawa:

  • Pihak SKMM bertindak sebelum siasatan dibuat dan ini adalah “bias” berpihak kepada UMNO Barisan Nasional.  Akan tetapi, sehingga kini tiada sebarang siasatan atas Dato Johari oleh mana-mana pihak berkuasa?
  • Mengapa message yang diterima oleh “Jom Ubah Msia” tanpa sebarang nama dan jawatan pengirim?  Adakah ini satu message yang palsu?
  • Siapakan yang mengarakah pihak Youtube Team memadamkan video tersebut?  Ini jelasnya satu tekanan politik.
  • Pemimpin UMNO sememangnya pemikiran racist, walaupun banyak ulasan yang berunsur racist seperti Bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Dato Nasir Safar dan Menteri Pertahanan Dato Zahi Hamidi.
  • Kami mencabar Dato Johari tampil hadapan untuk menjelaskan kandungan ucapan beliau.  Kami menggesa parti-parti komponen BN harus tampil untuk menjelaskan pendirian mereka tentang perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO.

 

YB Dr Lee Boon Chye

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Ahli Parlimen Gopeng

Leave a comment