Turun padang dalam Bulan Ramadhan

Tuan rumah sangat terharu menerima kunjungan Wakil Rakyatnya yang datang mengucapkan Selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan Almubarak ini.

Program Wanita KEADILAN Jelajah Kampung (WAJAH) dalam usaha memberi maklumat kepada pengundi wanita luar bandar diteruskan walaupun menjelang bulan Ramadhan.

Wanita Parti Keadilan Rakyat bersama ADUN Teja Chan Lih Kang telah turun padang ke Kampung Serdang Permai pagi tadi untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan Al-mubarak ini.

Menurut Ketua Wanita Negeri Perak, Fathmawaty Binti Salim, program WAJAH tidak terhenti sejak perlancarannya pada bulan Julai yang lalu.

“Wanita Perak telah melawat ke merata tempat seperti Bukit Gantang, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan kami akan teruskan program WAJAH untuk mendekati rakyat.”

Katanya, pemimpin yang prihatin haruslah sentiasa turun padang kerana ini merupakan cara terbaik untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

“Kami disambut mesra oleh penduduk kampung dan mereka akan rasa terharu apabila menerima kunjungan kami terutamanya kunjungan daripada Wakil Rakyat mereka yang datang.” Katanya.

Fathmawaty berkata, Wanita PKR Perak akan melipatgandakan usaha mendekati pengundi wanita, memandangkan golongan tersebut adalah kelompok paling kurang mendapat pendedahan mengenai isu melibatkan mereka.

Leave a comment