HANGAT: Isu SAR Taman Desa Aman, UMNO halau pelajar SAR bulan Mac 2012

UMNO telah menghalaukan pelajar SAR keluar dari Dewan Orang Ramai Pengkalan Pegoh (tempat SAR Sementara) pada bulan Mac 2012, dan pelajar-pelajar terpaksa berpindah ke perkarangan surau selama dua minggu.

Punca sebenarnya berlaku penghalauan ini adalah kerana UMNO ingin menggunakan tempat dewan tersebut sebagai bilik gerakan mereka.  Mereka menghalau guru dan pelajar tanpa memberikan ruang belajar alternatif.  Oleh kerana itu, mereka terpaksa belajar di bawah khemah di perkarangan surau selama dua minggu dengan keadaan yang panas dan tidak selesa.

Image

Image

Fitnah Exco kanan merangkap ADUN Sungai Rapat, Dato Hamidah Osman bahawa PKR dan PAS membantah SAR adalah suatu Pembohongan Besar.  Sedangkan adalah UMNO sendiri yang mengambil alih dewan tersebut  (tempat SAR Sementara) demi menjadi tempat berkempen pada piliharaya umum nanti.

Image

Projek Mee Segera

Jika Dato Hamidah memperjuangkan agama, beliau sepatutnya melakukan pembinaan tersebut sejak dulunya pada tahun 2004 ketika beliau menjadi ADUN.

Hakikatnya adalah PR mendapat aduan daripada penduduk yang tinggal di kawasan padang tersebut yang majoriti terdiri daripada kaum Tiong Hua dan India.  PKR dan PAS mempersoalkan pembinaan tersebut tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan penduduk tempatan. 

Penduduk tempatan mencadangkan pembinaan tersebut seharusnya berpindah ke tempat lain yang lebih sesuai, tetapi tidak memilih padang permainan yang ruangnya terhad.  PR juga mendapati tiada kelulusan pembinaan oleh kerajaan tempatan dan ianya tidak digazetkan serta tidak Imagediwartakan sebagai tanah sekolah.

 

“Ruang dan tanah yang lebih sesuai patut diberikan kepada pembinaan SAR demi keselesaan guru dan pelajar, sekarang semuanya adalah terhad sahaja.”

Projek SAR diperuntukkan RM100 ribu

“Dato Seri Zambry pernah berkata RM100,000.00 diperuntukan untuk projek pembinaan tersebut.”

Apatah lagi projek pembinaan tersebut adalah tidak diberikan secara “open tender”, siapakah yang mendapat projek pembinaan tersebut.  Kami menjangkakan kroni UMNO yang mendapatkan projek pembinaan tersebut.

PR mencadangkan kawasan lebih sesuai jika diberi kuasa

Pakatan Rakyat mempunyai alternatif sendiri dan kami tidak berniat untuk menentang pembinaan sesebuah SAR.  PAS sebagai parti berteraskan prinsip Islam dituduh menentang pembinaan sekolah agama Islam, sebaliknya jalan penyelesaian yang lebih baik tetap ada. Jika Pakatan Rakyat diberi kuasa, kami akan mencadangkan kawasan lain yang lebih sesuai dan selamat dengan mengambil kira kehendak penduduk setempat.

 

Leave a comment