Image

Kar Hing: Fokus Memperbaiki Perkhidmatan Bas Awam

Kar Hing: Fokus Memperbaiki Perkhidmatan Bas Awam

ADUN Simpang Pulai, YB Tan Kar Hing mengalu-alukan pengumuman Jawatankuasa Khas Pengangkutan Awam kerajaan negeri Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Kadir. Menurut beliau, suatu platform yang membolehkan perkongsian idea antara wakil-wakil rakyat dari latar belakang yang berbeza akan membantu memperbaiki sistem pengangkutan awam yang sedia ada. Memandangkan penggunaan sistem pengangkutan awam rakyat Negeri Perak hanya mencatat 20%, suatu pelan jangka panjang perlu dirancangkan dalam usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam Negeri Perak. Maka, jawatankuasa tersebut disarankan untuk memulakan perundingan dan gerak kerja dalam masa terdekat.

Penglibatan kerajaan faktor pemutus kejayaan

Kar Hing berpendapat bahawa penyertaan pihak kerajaan secara proaktif dalam perancangan dan pembangunan sistem pengangkutan awam adalah antara faktor pemutus kepada kejayaannya. Beliau berkata, keuntungan sering menjadi pengukur terpenting bagi sektor swasta. Maka, perancangan dan pembangunan sistem pengangkutan awam tidak boleh sama sekali diserahkan secara sepenuhnya kepada sektor swasta. Ini adalah untuk menjaga kepentingan semua rakyat. Ini juga jelas memperlihatkan peranan penting pihak kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam serta memulihkan kepercayaan rakyat terhadapnya.

Kar Hing menegaskan bahawa perancangan jangka panjang secara komprehensif harus dilaksanakan. Memandangkan faktor jumlah penduduk dan aktiviti ekonomi dalam negari, beliau mencadangkan jawatankuasa tersebut seharusnya fokus dalam usaha meningkatkan perkhidmatan bas awam. Usaha tersebut mengambil kira langkah untuk meningkatkan jaringan bus dalam bandar dan antara bandar, jumlah bilangan dan laluan bas awam serta mutu perkhidmatannya.

“Datuk Bandar juga berhasrat meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dengan perancangan pembinaan sistem LRT di Bandaraya Ipoh, beliau membuat sasaran supaya penggunaan akan mencatatkan 40%.”

Walubagaimanapun, Kar Hing berasa bimbang bahawa jumlah penduduk dan penggunaan sistem LRT di Bandaraya Ipoh tidak dapat menampung kos perbelanjaan dan perlaksanaannya.

“Beliau menegaskan bahawa tidak semestinya masalah pengangkutan awam dapat diselesaikan dengan pembinaan megah. Jika kami menambah bas yang baru untuk menawarkan pengangkutan awam, kami yakin penggunaannya pastinya dapat dipertingkatkan.”

Beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya mensasarkan Bandaraya Ipoh dan Daerah Kinta untuk menjalankan Pilot Project. Kerajaan negeri harus mengenalpasti kawasan komersial dan kawasan penjawat awam untuk menjalankan kempen soal selidik tentang pandangan penggunaan pengangkutan awam. Seterusnya, kerajaan dan jawatankuasa tersebut harus mengenalpasti laluan bas utama serta menderafkan rangkaiannya di tempat kediaman.

Selain itu, kami boleh menambahkan bilangan bus pada masa keemasan iaitu pagi dan petang. Dengan usaha secara berperingkat, kami perlu menyakinkan rakyat Perak supaya perkhidmatan pengangkutan awam negeri kami adalah tepat pada masa, laluan yang mendekati tempat kediaman, mutu perkhidmatan yang baik, serta rangkaian yang komprehensif.

Leave a comment